Thursday, December 30, 2010

tips menurunkan harga minyak petronas

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.07 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.70 seliter..

 

sewa hotel mahal

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.
 

hantu bukit putus negeri sembilan

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… .

layang2 itu


Di suatu petang yang sangat nyaman dan tenang, si kakak membawa adik kecilnya berjalan ke taman permainan berhampiran dengan rumah mereka.
Si adik yang berusia dalam lingkungan umur lima tahun kelihatan sangat gembira memandangkan sudah sekian lama si kakak tidak membawanya ke taman itu. Maklumlah, kakaknya baru sahaja dapat pulang bercuti.
Seperti biasa, si adik meminta kakaknya mengayunkan buaiannya. Si kakak menurut sahaja sambil mengayunkan buaian itu sedikit laju tetapi dengan penuh berhati-hati agar si adik tidak terjatuh. Sedang si kakak dan si adik sedang bercerita sambil bermain buaian, kelihatan sekumpulan anak muda ingin menaikkan layang-layang mereka di padang bersebelahan dengan taman permainan itu.
Si adik meminta si kakak membawanya melihat layang-layang itu. Dengan penuh sabar melayan telatah si adik, dia memimpin tangan adiknya menuju ke sebuah pohon yang rendang di tepi padang itu. Kelihatan layang-layang itu terbang tinggi sekali. Lama juga bertahan, namun tidak lama selepas tu, ia terus jatuh menyembah bumi. Layang-layang yang jatuh itu dinaikkan semula, dan juga dapat bertahan lebih lama daripada sebelumnya.
Adik : Cuba kakak tengok layang-layang tu. Cantik kan?
Kakak : Cantik. Tapi kan adik, walaupun ianya terbang tinggi, takkan kekal lama tau. Sebabnya nanti apabila angin sudah tiada, layang-layang itu akan jatuh. Sama juga macam kita.
Adik : Kita? Kakak dan adik ke? Tak sama pun.
Kakak : Hehe. Bukan camtu adik. Layang-layang itu ibarat seperti kita, manusia yang ada di muka bumi ini. Dalam hidup ini, ada masanya apabila kita ada semua benda yang kita nak, macam keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang baik, makanan yang sentiasa sedap dan cukup, badan yang sihat, duit yang cukup, ilmu yang banyak, dan semua yang terbaik, kita akan berasa kita sentiasa berada di atas. Maknanya, kita akan rasa kita sentiasa berada dalam keadaan yang sangat selesa. Adakalanya, kita tak terasa yang semua benda ni mungkin bukan lagi akan jadi milik kita satu hari nanti.
Adik : Oh, tapi apa kaitannya dengan layang-layang kakak?
Kakak : Layang-layang, kalau tak ada angin bertiup, atau mungkin layang-layang tu tak sesuai untuk terbang, susah nak naik tinggi macam tu (jari menunjuk ke arah layang- layang yang tinggi). Tai, apabila angin tak ada, ataupun ada bahagian dia yang rosak, akan terjatuh juga. Cuba adik bayangkan diri adik yang sihat macam ni, dan tiba-tiba adik demam. Adik rasa adik mampu tak nak pergi ke tadika?
Adik : Kalau adik demam, mestilah tak boleh. Kalau adik demam, nanti adik muntah kat tadika. Kesian cikgu kena basuh muntah adik, jadi lebih baik adik duduk kat rumah sebab Abah dan Mak boleh jaga adik. Mak boleh bagi adik makan ubat dan bila adik dah sihat nanti baru adik pergi sekolah balik. Hehe.
Kakak : Wah, pandailah adik kakak ni! Layang-layang kan, apabila ia terkoyak, ia akan jatuh. Tapi apabila sudah dibaiki, boleh je nak naikkan semula. Apa yang kakak nak cerita, dalam hidup ni, dari kita kecil sampai dah dewasa, pasti akan ada susah dan senang. Akan ada jatuh dan bangun. Apabila kita rasa senang dan selesa, kita kena ingat yang semua itu adalah pinjaman sahaja. Boleh jadi apabila tiba masanya, pinjaman ini akan ditarik balik.
Tetapi, dengan keyakinan kita yang kuat terhadap Tuhan kita, Insya-Allah segala perkara yang kita rasa susah, akan dipermudahkan. Dalam hidup ini, kita diuji dengan kesusahan bukan kerana Tuhan tak sukakan kita, tetapi sebab Tuhan sayangkan kita. Dia mahu kita lebih kuat untuk meneruskan amalan-amalan kita di dunia ini sebagai bekalan di dunia satu lagi nanti. Seperti Mak marahkan kakak dan adik bila kita buat salah, bukan kerana benci tetapi kerana sayangkan dan nak kita jadi lebih baik.
Si adik sudah pun terlentok dan meletakkan kepalanya di lengan si kakak. Mungkin terlalu asyik mendengar kakaknya bercerita, dan juga mungkin kepenatan bermain. Si kakak hanya tersenyum tatkala melihat adiknya yang manja itu sudah pun terlena. Dibelainya rambut adik yang nipis itu sambil matanya masih lagi tertumpu kepada layang-layang yang masih terbang di langit.
“Adik... adik masih terlalu kecil untuk mendengar semua ini. Namun, kakak berharap agar apa yang kakak cakapkan ni, tersemat dalam ingatan adik sehingga adik besar dewasa. Jangan risau, apabila adik sudah besar nanti, kakak akan ulang kisah ini untuk adik meskipun pada masa tu tiada layang-layang di langit. Kakak janji, insya-Allah”. Si kakak bermonolog sendirian.
Anak-anak muda yang main layang-layang tadi sudah pun menurunkan layang-layangnya. Si kakak pula mengangkat si adik yang terlentok itu pulang ke rumah. Si ibu tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat si adik yang manja itu. Namun, memandangkan Maghrib sudah hampir masuk waktunya, si adik dikejutkan daripada lenanya. Mata si adik masih lagi terkebil-kebil, tetapi di bibirnya terukir senyuman yang sangat manis.
“Kakak...nanti kan, kakak cerita lagi ye pasal layang-layang tadi? Adik tertidur. Tak dengar habis tadi”, pinta si adik.
Kakaknya hanya mengangguk tanda setuju. Ibu bertanya tentang layang-layang melalui ekspresi mukanya, dijawab dengan kenyitan mata dan senyuman oleh si kakak tadi. Berlalulah sebuah petang yang indah dengan kisah di sebalik layang-layang.